Semakan Daftar Pemilih
Semakan Isi Rumah
Sistem Aduan / Pertanyaan
Muat Turun Borang
Perpustakaan SPR
Kemaskini Alamat Surat Menyurat Pengundi Tidak Hadir Luar Negara
HEBAHAN :
WARNA DAKWAT BEZA KATEGORI - SINAR HARIAN 16/02/2012

RAKYAT DIGESA DAFTAR SEGERA - UTUSAN MALAYSIA 15/02/2012

PENGUNDI TIDAK DIBERI KERTAS - SINAR HARIAN 09/02/2012

KAJI TEMPOH KEMPEN - SINAR HARIAN 09/02/2012

PENGERUSI SPR NAFI SYOR PEMBAYAR CUKAI BOLEH UNDI POS - BERITA HARIAN 06/02/2012

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KE 4 / 2011
BOLEH DISEMAK BERMULA DARI 8 FEBRUARI 2012 SEHINGGA 14 FEBRUARI 2012

BANTU SPR CEPAT DAFTAR PENGUNDI - BERITA HARIAN 31/01/2012

TAHUKAH ANDA :
Tahukah anda bahawa pembahagian kawasan-kawasan pilihan raya di seluruh negara dibuat mengikut Bahagian Pilihan Raya PARLIMEN, yang di dalamnya mengandungi sekurang-kurangnya dua kawasan Dewan Undangan Negeri dan Bahagian Pilihan Raya Negeri yang dikenali sebagai Bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN). Di dalam kawasan DUN mengandungi beberapa DAERAH MENGUNDI (DM) dan di dalam DM mengandungi LOKALITI-LOKALITI yang dibahagikan mengikut alamat bermaustautin pemilih seperti yang didaftarkan dalam Daftar Pemilih. LOKALITI merupakan unit yang terkecil dalam bahagian pilihan raya, diikuti dengan DAERAH MENGUNDI, Bahagaian DUN dan Bahagian PARLIMEN. Sehingga Disember 2009, terdapat sebanyak 222 Bahagian Parlimen, 576 Bahagian NEGERI (DUN), 7425 DAERAH MENGUNDI dan 81382 Jumlah LOKALITI diseluruh negara.
Tahukah anda bahawa SPR juga menetapkan dasar tidak lebih daripada 3,850 pemilih berdaftar dikhaskan untuk setiap Pusat Mengundi. Apabila SPR mendapati sesuatu Pusat Mengundi itu telah mempunyai jumlah pemilih melebihi jumlah tersebut, jika terdapat di dalam Daerah Mengundi berkenaan bangunan sekolah, dewan orang ramai dan sebagainya, SPR diberi kuasa di bawah Akta Pilihan Raya 1958 untuk membuat urusan Belah-bahagi ( redistricting ) Daerah Mengundi berkenaan. Melalui urusan Belah-bahagi Daerah Mengundi ini SPR dapat membuka satu Pusat Mengundi baru di dalam DM yang baru. Melalui tindakan ini, SPR dapat mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan kepada para pengundi pada Hari Pengundian.

PENDAFTARAN PEMILIH WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERADA DI LUAR NEGARA :
Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, memperuntukkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang berada di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi tidak hadir (PTH) .MUAT TURUN BORANG A dan LAMPIRAN MAKLUMAT TAMBAHAN
13 Februari 2012 SPR telah mewartakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 berkaitan proses verifikasi pengundi di Tempat Mengundi dan beberapa proses lain yang berkaitan.Proses ini berkaitan penggunaan dakwat kekal untuk kegunaan Pilihan Raya Umum Ke-13. Untuk keterangan lanjut [sila klik di sini ]
PEMERAKUAN DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN (DPT) ST3/2011 BAGI 15 PARLIMEN DALAM NEGERI KELANTAN DAN TERENGGANU :
Pada 16 Februari 2012 SPR telah mewartakan DPT ST3/2011 bagi 15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen dalam Negeri Kelantan dan Terengganu yang terlibat dengan proses Siasatan Awam. Ia melibatkan kemasukan sebanyak 17,028 pemilih baru dan 3,858 pemilih yang bertukar alamat masuk ke dalam 15 bahagian pilihan raya parlimen berkenaan. Untuk keterangan lanjut [sila klik di sini]
PROSES PILIHAN RAYA BEBAS DAN ADIL :
Pihak-pihak tertentu mendakwa pilihan raya di negara ini tidak bebas dan tidak adil. Mereka yang berkenaan telah menang dalam pertandingan merebut kerusi-kerusi baik di Dewan Rakyat atau pun di Dewan Undangan Negeri. Kita tanya mereka apa yang tidak bebas dan peringkat mana yang mereka kata tidak adil?
Hubungi Kami :
Aras 4-5, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62690 PUTRAJAYA
(603) - 8885 6565 (Urusan Pemilih)
(603) - 8885 6500(603) - 8888 9117
Koleksi Video SPR
(603) - 8885 6500(603) - 8888 9117
Koleksi Video SPR
No comments:
Post a Comment