Pengumuman Sukarelawan :
Kami memerlukan sukarelawan dalam bidang-bidang berikut:
- Kerja Konstituensi
Contoh: Membantu Ahli-ahli Parlimen atau Ahli-ahli
Dewan Undangan Negeri PARTI BERSAMA ( MUPP ) dalam kerja-kerja konstituensi termasuk
mengendalikan pejabat-pejabat konstituensi, menguruskan aduan
daripada konstituen-konstituen, melawat kawasan pilihanraya dan
sebagainya.
- Pilihan Raya Umum Malaysia ( PRU KE-13 )
Contoh: Pegawai pengundian, pegawai pengiraan undi, pelekat poster, pekerja politik dan lain-lain.
- Kewangan
Contoh Derma peribadi : Menganjurkan majlis makan malam dan sebagainya memungut derma dan lain-lain.
- Organisasi
Contoh: Menubuhkan cawangan baru, menganjurkan
forum, ceramah, perhimpunan rakyat, majlis makan malam, sesi dialog dan
sebagainya yang melibatkan pemimpin untuk membentuk rangkaian
tempatan untuk membantu parti sewaktu kecemasan, pilihan raya dan kempen
khas.
- Publisiti
Contoh: Mengedarkan risalah, menghasilkan bahan
publisiti, menganjurkan diskusi-siber, bertindak sebagai ‘mata-mata’ PARTI BERSAMA ( MUPP ) berhubung pelbagai masalah dan salah urusan di kawasan anda, dll.
Sila hantarkan e-mel anda kepada kami di alamat partibersamasemporna@gmail.com dan kemukakan nama, alamat serta numbor telefon anda supaya kakitangan
kami dapat menghubungi anda. Sila nyatakan juga bidang yang ingin
disertai untuk menyumbangkan tenaga kerja anda.
Sekian, Terima Kasih.
" MENANG BERSAMA KUASA RAKYAT "
No comments:
Post a Comment