Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PARTI BERSATU SASA ( SABAH SARAWAK ) DAN MALAYSIA ( BERSAMA ) MALAYSIA UNITED PEOPLE PARTY ( MUPP ) telah berlangsung di Dewan Hotel Perkasa Keningau, Sabah Pada 11hb Febuari 2012. Jam 8:30 pagi hingga 4:00 petang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap Persidangan Parti ( Cikgu Masnoddin Etir ). Ucapan Perutusan dan perasmian oleh YBHG Tuan Suhaidin Bin Langkap [ Presiden I Parti Bersama ( MUPP ) ], beliau menjelaskan kedudukan Parti ini mempunyai dua ( 2 ) PRESIDEN. Presiden 1 ( Presiden seumur hidup - tanpa executive power ) dan Presiden 2 ( Presiden Nawaitu - mempunyai executive power ) dan manifesto Parti BERSAMA ( MUPP ) mengandungi lebih daripada 20 perkara seperti yang hangat dibahaskan sekarang ini oleh parti - parti lain dan akan dilancarkan di masa akan datang setelah selesai dibincangkan dikalangan jawatankuasa majlis tertinggi parti dan ketua - ketua penyelaras parlimen seluruh sabah.
Parti BERSAMA ( MUPP ) akan bertanding di seluruh negara semua kawasan parlimen dan DUN ( Parlimen 222 Kerusi dan 356 DUN ), sempena PRU ke13 bila bila masa dari sekarang. Oleh yang demikian, di Malaysia hanya ada tiga ( 3 ) parti BERSAMA, BN dan PR yang besar dan bersaing serta mampu meletakkan calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh negara ( Sabah, Sarawak dan Malaysia ) dan dengan penuh harapan dalam perjuangan untuk memenangi PRU ke-13 dengan solid majoriti atau sebagai kerusi penentu untuk membentuk kerajaan baru malaysia ( kerusi yang dimenangi oleh BERSAMA akan jadi penentu dalam Pembentukan Kerajaan Malaysia yang baru kelak ).
Oleh yang demikian, semua ketua penyelaras 25 parlimen dan ketua - ketua bahagian 60 DUN serta ketua - ketua Cawangan seterusnya semua pengundi di Negeri Sabah, marilah bersama - sama bersatu padu berjuangan demi " KUASA RAKYAT dan MENANG BERSAMA KUASA RAKYAT " dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Malaysia, bila bila dari sekarang.
Kemas kini semua pengurusan dan pentadbiran serta mesyuarat jentera parti diperingkat Parlimen dan DUN masing - masing sebab PRU ke13 akan mengejut pembubaran parlimen oleh PM bila bila masa.
INSYALLAH...PRU KE-13 ini, Parti BERSAMA ( MUPP ) akan MENANG solid majoriti atau menjadi kerusi penentu dalam pembentukan kerajaan baru Malaysia.
..................LAUNGAN BERSAMA.......................
BERSAMA ... KUASA RAKYAT
BERSAMA ... KUASA RAKYAT
BERSAMA ... KUASA RAKYAT
Sekian dan Terima Kasih
No comments:
Post a Comment