Presidennya, Shuhaiddin Langkap mendakwa keahlian Bersama di Semenanjung telah melebihi 167,000 manakala 56,000 ahli di Sabah dan Sarawak.
ALOR
SETAR: Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) yang telah bertapak di
Semenanjung Malaysia berhasrat bertanding di semua negeri pada pilihan
raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Presidennya, Shuhaiddin Langkap yakin keahlian parti itu dijangka
mencecah 1.3 juta orang tahun depan dan akan memberi impak besar
terhadap parti-parti yang bertanding pada pilihan raya umum nanti.
Beliau mendakwa keahlian Bersama di Semenanjung telah melebihi 167,000 manakala 56,000 ahli di Sabah dan Sarawak.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Bersama negeri Kedah di
sini hari ini, Shuhaiddin mendakwa parti itu mampu bertanding atas
kekuatan sendiri dan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti lain.
Parti itu ditubuhkan di Sabah pada 1994 dengan nama Parti Demokratik
Setia Hati Rakyat Bersatu Sabah dan menukar kepada nama baru Bersama
pada 23 Mac lepas apabila mengembangkan sayapnya ke Semenanjung.
No comments:
Post a Comment